Sultan Ibrahim nasihat empat menteri bantu Johor
Iklan
Sultan Ibrahim menerima menghadap Salahuddin di Johor Bahru pada Ahad. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menasihatkan empat menteri dalam barisan kabinet Kerajaan Perpaduan dari negeri ini membantu meningkatkan ekonomi dan sosiopolitik Johor.
Titah Sultan Ibrahim itu disampaikan sewaktu pertemuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika sidang akhbar selepas sesi penggulungan Sidang DUN Johor di sini pada Ahad.
Iklan
Iklan
Menurut Salahuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, pertemuan secara santai bersama Sultan Ibrahim memberi fokus kepada isu rakyat.
"Saya tidak menyangka pertemuan satu jam itu begitu santai, namun Sultan Ibrahim sangat fokus dan serius membincang isu rakyat," katanya.
Iklan
Salahuddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas Sidang DUN Johor pada Ahad.
Sebelum itu pada pagi Ahad, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan ADUN Simpang Jeram di Johor Bahru.
Pertemuan itu merupakan kunjung hormat Salahuddin yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Menteri KPDN.
Iklan
Di Johor, terdapat empat ahli Parlimen dilantik sebagai menteri iaitu Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang); Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Norden (BN- Kota Tinggi); Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) dan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman ( BN- Pengerang).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>