Malaysia, Thailand bekerjasama pertingkat kawalan sempadan

Iklan
Saifuddin

PUTRAJAYA - Kerjasama melibatkan pihak berkuasa negara ini dan Thailand akan sentiasa dipertingkatkan susulan kejadian pengeboman yang berlaku di Sadao, Songkhla, pada Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama ini melibatkan kawalan keselamatan antara sempadan.

Iklan
Iklan

"Pertemuan antara saya bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand baru-baru ini antara lainnya turut membincangkan soal kawalan keselamatan melibatkan sempadan kedua-dua pihak.

"Terdapat beberapa langkah yang dipersetujui bersama dan perkara ini merupakan komitmen berterusan melibatkan Malaysia dan Thailand," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar menerusi lawatan kerja di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di sini pada Jumaat.

"Masyarakat dinasihatkan agar merancang jadual perjalanan sekiranya berkunjung ke mana-mana lokasi dan sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mencari bahaya dan menjauhi lokasi terancam," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom di Sadao, Songkhla.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mejar Jeneral Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.