Menteri Besar Johor mulakan tugas

Iklan
Sahruddin (empat,kiri) bersalaman dengan Osman (lima,kiri) selepas menandatangani serah terima tugas, di sini, hari ini.

ISKANDAR PUTERI - ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal memulakan tugas rasmi selaku Menteri Besar Johor ke-17 dan memasuki pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Kota Iskandar, hari ini.

Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri pada jam 9 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ketibaan Sahruddin disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A Rahim Nin.

Beliau kemudian dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar.

Iklan
Iklan