Guna sangkar tangkap monyet liar
Iklan
ADLY
MELAKA - Kerajaan Melaka akan mengguna pakai inovasi sangkar monyet oleh Pertubuhan Peladang Terengganu bagi mengatasi gangguan haiwan liar berkenaan, terutama di kawasan pedalaman berhampiran dengan perumahan.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sangkar itu akan diletakkan di kawasan tertentu seperti di kawasan yang mempunyai isu gangguan monyet liar sebagai projek perintis, sebelum penggunaannya diperluaskan ke kawasan lain.
Iklan
Iklan
"Penggunaan sangkar ini terbukti keberkesanannya dalam mengatasi masalah monyet liar di beberapa kawasan dan kita akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Terengganu untuk menyelesaikan masalah ini yang telah sekian lama tiada penyelesaian.
"Kita melihat kaedah konvensional iaitu membunuh monyet liar berkenaan dengan cara meracun atau menembak bukan jalan penyelesaian terbaik,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Kampungku Sayang Bukit Baru di sini, semalam.
Iklan
Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan sangkar itu lebih relevan kerana ia hanya melibatkan peruntukan yang tidak begitu besar iaitu kira-kira RM1,000 untuk satu sangkar yang dapat memuatkan 25 ekor monyet liar dalam satu-satu masa, selain boleh dipindahkan ke kawasan lain yang memerlukan.
Katanya, setakat ini pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dari segi teknikal bagaimana monyet yang ditangkap hendak diuruskan dengan baik, menerusi kaedah yang lebih berkesan.
Iklan
Adly berkata, ia kerana haiwan yang telah ditangkap tidak boleh dilepaskan ke hutan simpan kekal di negeri ini, seperti di sesetengah negeri kerana hutan simpan di negeri itu berhampiran dengan kawasan penduduk.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.