Tiga dirakam keterangan bantu siasatan kes pecah amanah

Iklan

KUALA LUMPUR - Seramai tiga individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes pecah amanah dalam pengendalian akaun bank Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Isnin, media melaporkan kegiatan pecah amanah itu disyaki dilakukan oleh salah seorang kakitangan KRM yang setakat ini gagal dihubungi dan dikesan.

Iklan

KRM dalam satu kenyataan menyebut, kakitangan terbabit telah memalsukan tandatangan Presiden dan Bendahari Kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai salah seorang penandatangan cek.

Individu terlibat kemudiannya didakwa telah memalsukan tandatangan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran wang tunai dari bank.

Iklan

KRM bagaimanapun masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dan akan membantu polis membuat siasatan serta mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.