Perak ambil perhatian status PAFA

Iklan
Khairudin

KERAJAAN Perak akan meminta maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status terkini Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan PJS dalam masa terdekat supaya kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri itu dapat diselesaikan segera.

Iklan
Iklan

"Kita ingin semak dan cari jalan penyelesaian seperti yang disarankan oleh PJS sendiri kerana kemelut berpanjangan ini memberi kesan terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri.

"Saya juga optimis bahawa jalan penyelesaian bagi konflik tersebut mampu dicapai demi kelangsungan pembangunan sukan bola sepak negeri," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak.

Iklan

Pada 7 Mac lalu, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu dan ia dibuat bagi membolehkan PAFA membuat langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 bagi mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.

PAFA yang diterajui Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin selepas itu mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 yang diadakan 28 Mei lepas kepada PJS.

Iklan