Korea Selatan bukan lawan mudah: Tite

Iklan
Tite (tengah) waspada dengan helah Korea Selatan menjelang aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Selasa. - Foto EPA

JUARA lima kali, Brazil waspada dengan ancaman Korea Selatan menjelang aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 biarpun pernah 'makan besar' ke atas skuad Kimchi pada aksi persahabatan tahun ini.

Pengurus skuad Samba Tite berkata, pasukannya perlu berhati-hati dengan helah pasukan Asia itu dalam saingan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Bayt awal pagi Selasa.

Iklan
Iklan

"Portugal tewas kepada Korea Selatan, Perancis dikejutkan Tunisia, Argentina pula kalah kepada Arab Saudi.

"Mereka amat kuat dan perlawanan yang sukar, saya tidak fikir sebarang situasi sebelum ini menjadikannya mudah. Kami mesti berhati-hati,” katanya.

Iklan

Skuad Selecao membenam Korea Selatan 5-1 pada satu perlawanan persahabatan di Stadium Piala Dunia Seoul Jun lalu.

Menurut Tite, perlawanan persahabatan dan saingan di Piala Dunia adalah pentas yang berbeza.

Iklan

"Saya sedar banyak yang berbeza daripada aksi persahabatan Jun lalu. Kini kami perlu memikirkan mengenai pemain yang akan diturunkan menentang Korea,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu memberitahu, kekalahan di kepada Brazil Jun lalu akan menjadi bekalan berguna apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi.

"Biarpun melepaskan banyak gol pada aksi persahabatan itu, tetapi kami bermain gaya bola sepak yang kami inginkan.

"Saya fikir pengalaman boleh membantu kami bersedia bagi perlawanan berikutnya,” katanya.