Arnold rayu sebuah 'rumah' buat skuad Australia

Iklan
Arnold (tiga dari kanan) merayu dana daripada kerajaan bagi membangunkan bola sepak Australia. - Foto EPA

JURULATIH Australia, Graham Arnold merayu kepada kerajaan menyediakan sebuah 'rumah' untuk skuad itu beraksi lebih padu dalam kancah Piala Dunia akan datang.

Selepas tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 apabila tewas kepada Argentina 1-2 pada Ahad, Arnord berkata, peruntukan dan sokongan kerajaan penting buat skuad Socceroos.

Iklan
Iklan

Pencapaian mara ke pusingan 16 terbaik sesuatu yang membanggakan kerana ia adalah penampilan kali kedua dalam sejarah mereka berada di saingan kalah mati.

Anak-anak buah Arnold mampu memberi saingan sengit kepada Argentina yang diinspirasikan penyerang Lionel Messi dan menjadi salah sebuah pasukan pilihan di Qatar.

Iklan

Arnold juga berharap pasukan Australia boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang dan menagih sokongan padu kerajaan.

Arnold juga mengharapkan adanya sebuah infrastruktur yang menjadi pusat kepada bola sepak Australia.

Iklan

"Kerajaan perlu membina kami sebuah rumah.

"Kami perlukan sebuah rumah, sesuatu yang kerajaan boleh bantu daripada sudut dana untuk pembangunan pasukan kebangsaan dan kebaikan bola sepak Australia," katanya.

Arnold yang boleh meninggalkan jawatan disandangnya tabik kepada para pemainnya.

Mereka mengalahkan Denmark dan Tunisia dalam pengembaraan ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun beliau meluahkan rasa kecewa selepas benteng ampuh mereka goyah pada aksi bertemu Argentina, terutama ketika gol kedua.

"Saya berasa seperti kami gagal kerana saya begitu mahukan kemenangan," ujar Arnold.