Bersujud jadi formula mudah hadapi cabaran hidup
Iklan
Shaykh Mizanur Rahman Azhari
KUALA LUMPUR - Bersujud menjadi satu formula mudah kepada setiap manusia di atas muka bumi untuk menghadapi apa sahaja cabaran hidup.
Pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari berkata, sujud juga merupakan satu rukun dalam solat.
Iklan
Iklan
"Posisi sujud adalah waktu yang paling dekat antara kita dengan ALLAH SWT dan sebab itu kita digalakkan berdoa dengan sebanyak-banyaknya kerana hati kita sangat akrab dengan-Nya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama ''Sujud: Formula Ilahi Untuk Menghadapi Cabaran' sempena program World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk 'Coping With Challenges Surah Al-Sajdah' di sini pada Sabtu.
Iklan
Shaykh Mizanur menjelaskan, oleh itu sujud menjadi solusi terbaik dalam membantu umat Islam keluar daripada apa sahaja perkara yang membelenggu diri mereka.
"Jadi tak kiralah apa sahaja masalah yang dihadapi seperti masalah di sekolah, kerjaya dan bisnes boleh kita hadapi dengan bersujud dan 'memohon doa' kepada-Nya," ujar beliau.
Iklan
Tambah Shaykh Mizanur, ketika dalam kedudukan sujud juga, manusia akan merasakan diri mereka hanya makhluk biasa sekali gus menimbulkan rasa rendah diri dan tidak bongkak dengan kelebihan diri.
Selain itu, katanya, sujud juga memberi manfaat dari segi kesihatan kerana ketika berada di kedudukan berkenaan tujuh tulang anggota badan iaitu dahi dan bahagian atas hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki berada di kedudukan paling bawah.
"Dari segi kesihatan, pengaliran oksigen dalam badan bagus, mudah mengingat sesuatu di samping ia juga akan memberi rasa relaks," jelasnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>