Fazley pandu sendiri GrabCar yang ditempah

Iklan
Foto: Instagram Fazley Yaakob

BARU-baru ini, Chef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi kisah menarik apabila dia memandu sendiri GrabCar yang ditempah di Instagram (IG) miliknya.

Kata Fazley, dia menggunakan perkhidmatan Grab untuk perjalanan balik ke rumahnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Iklan
Iklan

Namun, semasa berada dalam kereta, tanpa diduga, hujan turun dengan lebat dan menyebabkan pengelap cermin depan (wiper) rosak.

Perkara itu membuatkan pemandu Grab tersebut panik dan tidak dapat memandu ketika hujan lebat.

Iklan

Tanpa membuang masa, Fazley menawarkan dirinya untuk memandu sampai ke rumah.

"Jangan risau, saya boleh memandu dalam hujan lebat tanpa pengelap cermin. Terus kami bertukar tempat duduk," tulisnya.

Iklan

Siapa sangka, dari pemandu Grab bertukar jadi penumpang pula, malah dipandu sendiri oleh selebriti popular.

Bagaimanapun, Fazley mengucapkan terima kasih kepada pemandu Grab tersebut yang dikenali sebagai Azman Ibrahim kerana sudi izinkan memandu keretanya.

Malah apa yang dilakukan oleh selebriti itu mendapat pujian para netizen.

"Bagus datuk... Kalau orang lain komplen terus. ini terus ambil tindakan cari jalan penyelesaian... Memang terbaik sangat. Saya hormat dan sangat teruja dengan apa yang telah ditunjukkan," tulis kili_gedebefoc.

"Wow! Hebat boleh memandu dalam hujan lebat tanpa pengelap cermin. Apa tips Datuk @fazleyyaakob," tulis arissabaheera769.

"Baiknya datuk Fazley. Semoga ALLAH memberkati hidup datuk serta keluarga," tulis balkisyusof.

"Terbaik @fazleyyaakob ... Semoga murah rezeki datuk dengan pemandu grab...," tulis ahmad_danial_zakaria.