Ringgit terus mengukuh kepada 4.38 berbanding dolar As

Iklan
Gambar hiasan

RINGGIT meneruskan momentum meningkatnya berbanding dolar AS hari ini dengan ditutup pada 4.38, paras paling tinggi yang dicatatkan sejak Jun tahun ini, kata seorang peniaga.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, peningkatan ringgit itu disokong oleh sentimen lemah dolar AS, harapan tinggi pembukaan semula China dan keyakinan menjelang pengumuman kabinet Malaysia.

Iklan
Iklan

Pada jam 6 petang, unit tempatan mengukuh kepada 4.3835/3925 berbanding dolar AS daripada paras 4.4030/4100 pada Khamis.

Kali terakhir ringgit diniagakan pada paras ini adalah pada Jun tahun ini pada 4.3835 berbanding dolar AS.

Iklan

Innes berkata para peniaga pertukaran asing terus mengunjurkan bahawa kitaran kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) akan berakhir dan merasakan data gaji bukan ladang AS yang kukuh boleh menyediakan sokongan kepada dolar AS.

Innes berkata, pasaran domestik juga mengukuh, mendapat sokongan daripada jangkaan kestabilan politik dengan pelantikan Kabinet baharu dijangka membuka laluan bagi belanjawan yang mesra ekonomi dan pasaran.

Iklan

Sementara itu ringgit menyusut berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.6136/6231 daripada 4.5976/6049 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2463/2535 daripada 3.2420/2474.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3781/3892 daripada 5.3501/3586 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2698/2768 daripada 3.2282/2336 sebelumnya. - Bernama