Jepun rancang beli sehingga 500 peluru berpandu Tomahawk AS
Iklan
TOKYO - Jepun merancang membeli sehingga 500 peluru berpandu krus Tomahawk AS sehingga tahun fiskal 2027 bagi meningkatkan keupayaan serangan balas negara, lapor Sputnik.
Pada Rabu akhbar Jepun Yomiuri Shimbun memetik sumber kerajaan bahawa Tokyo sedang mengubah suai peluru berpandu permukaan-ke-kapal Jenis 12 untuk mengukuhkan keupayaan serangan balasnya dalam program pembangunan peluru berpandu tindak balas, yang akan membolehkan tentera Jepun mencapai sasaran di luar jangkauan pertahanan musuh, kata laporan itu.