SHAH ALAM - Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri dan daerah diaktifkan selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pada jam 3 petang, pada Rabu.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana itu juga perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.