Polis KL tawar diskaun saman trafik 50 peratus

Iklan
Polis Kuala Lumpur menawarkan potongan diskaun 50 peratus bagi pelbagai saman trafik terpilih sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang di pusat beli-belah Lalaport.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menawarkan potongan diskaun 50 peratus bagi pelbagai saman trafik terpilih sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang di pusat beli-belah Lalaport.

Tawaran diskaun pada Rabu dan esok bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang di Malaysian Grand Bazaar.

Iklan
Iklan

Polis Kuala Lumpur dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.

"Saman lain yang tidak mendapatkan pengurangan ialah saman kerana mengabaikan lampu isyarat lalu lintas; saman memandu tanpa lesen dan saman had laju," menurut hantaran pada Rabu.

Iklan

Justeru itu, orang ramai diminta mengambil peluang dengan hadir ke program berkenaan.

Iklan