JEMPOL - Tiada tangkapan ular 'king cobra' oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini seperti mana ditularkan menerusi media sosial di Taman Rekreasi Serting.
Perkara itu disahkan oleh Pegawai APM Daerah, Mohd Aliff Abd Ghani yang mana tiada rekod tangkapan ular tersebut menerusi laporan harian agensinya.