Covid-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian

Iklan
Malaysia merekodkan 1,672 kes baharu Covid-19 pada Selasa. (Gambar hiasan)

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,672 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,951,986.

Iklan
Iklan

Menurut portal KKMNOW, 10 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,667.

Iklan

Sementara itu, terdapat 94 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 26,578 kes aktif dicatatkan pada Selasa dan daripada jumlah itu, 24,573 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Iklan

Seramai 2,722 pesakit pula dilaporkan sembuh semalam menjadikan sehingga kini jumlah individu yang sudah sembuh daripada wabak itu kepada 4,927,186.