Kanak-kanak maut, rakan cedera dihempap tiang elektrik

Iklan
Seorang kanak-kanak maut, manakala dua lagi tidak sedarkan diri dipercayai dihempap tiang elektrik yang dilonggokkan di Jalan K16, Kampung Belukar, di sini. - Foto JBPM Kedah

BUKIT KAYU HITAM - Seorang kanak-kanak maut manakala dua lagi rakannya tidak sedarkan diri dipercayai dihempap tiang elektrik dalam kejadian di Jalan K16, Kampung Belukar, Changlun di sini, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, kesemua kanak-kanak berusia 11 tahun itu dipercayai bermain berdekatan tiang elektrik yang dilonggokkan di tepi jalan sebelum ia jatuh dan menghempap mangsa.

Iklan
Iklan

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.33 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azman Shahidan bergegas ke lokasi kejadian.

"Mereka dikeluarkan daripada longgokan tiang dengan bantuan orang awam dan kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut," katanya.

Iklan

Sayani memberitahu, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kanak-kanak lelaki yang maut itu ditemui di bawah tiang elektrik.

Iklan

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

"Dua lagi mangsa yang cedera parah di bahagian paha dan pinggang dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut.

"Polis kini sedang menjalankan siasatan, sekali gus mengenal pasti identiti mangsa. Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.