[VIDEO] AMK gesa polis siasat tuduhan kaitkan PM sebagai ejen Israel

Iklan
Mohamad Syazreen ketika ditemui pemberita di IPD Putrajaya pada Selasa.

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya menggesa polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Ketuanya, Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi berkata, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ia turut melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Iklan
Iklan

Menurut Mohamad Syazreen, bukti-bukti mengenai tuduhan tersebut akan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kami perasan satu audio tular di WhatsApp yang mengatakan Anwar mendapat pertolongan dari Israel, manakala semalam (Isnin) terdapat hantaran perkara sama di laman Facebook.

Iklan

"Ini kami kumpulkan untuk diserahkan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

"Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Iklan

Pada Isnin, Anwar dilapor telah mengarah polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.