GRS-DAP bincang komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan
Iklan
Hajiji (tengah) dan Anthony mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. Turut serta dalam pertemuan itu, Foong Hin (kiri), Jeffrey Kitingan (dua dari kanan) dan Su Fui (kanan). - Foto Facebook Anthony Loke
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
Pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP, Sabah, Chan Foong Hin.
Iklan
Iklan
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan turut menyertai Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.
Semalam, Loke dan Chan turut menyertai rombongan Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
Iklan
GRS terdiri daripada parti Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>