PN pilih jadi pembangkang demi kestabilan politik

Iklan
Mahathir

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) memilih untuk menjadi pembangkang bagi memastikan kestabilan politik negara dapat dikekalkan.

Ketua Penerangan PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Md Rais berkata, walaupun PN kalah Pilihan Raya Umum ke-15, gabungan itu tetap komited untuk berkhidmat kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Kami memilih untuk menjadi pembangkang kepada kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan kestabilan politik dapat dikekalkan, kerana pembangkang adalah faktor penting dalam memastikan suara rakyat didengari dengan lebih lantang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mahathir, menjadi sebuah parti pembangkang penting dalam membawa suara kesakitan dan penderitaan rakyat.

Iklan

Tambahnya, suara penyokong PN juga tidak akan diketepikan hanya kerana PN tidak mentadbir negara.

"Kita masih ada di sini untuk terus berjuang dan memastikan Malaysia terus aman dan makmur dalam setiap aspek demi generasi akan datang,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mahathir turut mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang disegani bukan sahaja dalam negara bahkan dunia.

"Tiada manusia yang sempurna, tetapi beliau memang terbukti dihormati oleh kawan dan lawan.

"Pengiktirafan yang beliau peroleh daripada para pemimpin dunia terutama dari negara-negara seperti Palestin dan Jepun membuktikan kredibiliti beliau,” katanya.