Helikopter polis terhempas di Indonesia, satu mayat ditemukan

Iklan
Foto Polis Indonesia

JAKARTA - Pasukan penyelamat menemukan satu mayat setakat ini dalam insiden helikopter polis terhempas di Kepulauan Bangka Belitung, sehari selepas pesawat itu terputus hubungan.

Helikopter itu membawa empat penumpang dan misi mencari masih diteruskan di pantai timur Pulau Belitung untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Iklan
Iklan

"Penyelamat menemukan mayat di perairan Manggar pagi Isnin,” kata jurucakap polis Bangka Belitung A. Maladi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, nelayan di kawasan itu menemukan tiga headrest dengan lambang pasukan operasi udara polis Indonesia pada Ahad petang. - Bernama

Iklan
Iklan