Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang cedera

Iklan
Gambar hiasan.

JASIN - Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini pagi Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota daripada BBP Jasin Bestari dan Tangkak digegaskan ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kesemua penumpang terlibat adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Iklan

Beliau berkata bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri.

Katanya kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan