Malaysia akan terus perjuang kesejahteraan rakyat Palestin
Iklan
KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menerusi hantaran di Twitter berkata, beliau telah menegaskan komitmen itu ketika menerima panggilan telefon daripada pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al, tengah malam tadi.