Tun M harap pengundinya tidak sedih, hilang semangat
Iklan
Dr Mahathir. (Gambar dalam :Surat Dr Mahathir kepada 4,566 pengundi yang mengundinya dalam PRU15 bagi Parlimen Langkawi)
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap 4,566 pengundi yang telah memberi undi padanya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi tidak berasa sedih serta hilang semangat dalam meneruskan perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka seharusnya yakin kerana walaupun tidak ramai tetapi ia tidak bermakna perjuangan tersebut tidak benar.
Iklan
Iklan
"Malahan kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala di pinggir," katanya menerusi surat yang dimuat di laman sosial Twitternya pada Sabtu.
Dalam PRU15, Mohd Suhaimi Abdullah daripada Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti 13,518 undi menewaskan calon Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Dr Mahathir (Pejuang) dan Abd Kadir Sainudin (Bebas).
Iklan
Dr Mahathir pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada 4,566 pengundi yang mengundinya.
"Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini.
Iklan
"Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>