Jangan kaitkan saya dengan mana-mana parti politik: Siti Nordiana

Iklan
Penyanyi, Siti Nordiana.

SEREMBAN - Penyanyi popular, Siti Nordiana berharap tidak ada pihak mengaitkannya dengan mana-mana parti politik selepas menjayakan persembahan dalam ceramah perdana PH, malam semalam.

Anak jati Felda Sendayan itu berkata, sebagai penyanyi dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghiburkan penonton.

Iklan
Iklan

Melahirkan rasa teruja kerana dapat menyanyi di hadapan penduduk kampung sendiri, Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana berkata, kehadirannya tiada apa-apa agenda politik.

"Sebagai penghibur, saya dibayar dan buat kerja saja. Saya harap tak ada orang kaitkan saya dengan mana-mana parti politik sebab undi adalah rahsia.

Iklan

"Sebagai penyanyi, rezeki saya ada di situ semalam," katanya kepada media selepas mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Siti Nordiana memeriksa maklumat pengundian di SJK (T) Bandar Sri Sendayan hari ini.

Dalam ceramah perdana PH yang berlangsung di Bandar Sri Sendayan semalam, Siti Nordiana menyanyikan tiga buah lagu.

Iklan

Program itu menghimpunkan barisan pimpinan tertinggi PH antaranya Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Rantau: Ceramah perdana pecutan terakhir PH

Dalam pada itu, Siti Nordiana lega kerana sempat mengundi walaupun hanya tiba 30 minit sebelum pusat pengundian ditutup.

"Saya tiba agak lambat kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tapi ia tak mematahkan semangat saya untuk terus mengundi.

"Ini tanggungjawab saya dan keluarga juga sangat menyokong saya datang mengundi hari ini, malah, sebelum ini pun saya memang tak pernah terlepas mengundi," katanya.