Covid-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Iklan
SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 3,024 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tujuh daripadanya merupakan kes import menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 26,903.
Portal KKMNOW melaporkan sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah, manakala 10 lagi berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).