PRU15: UMNO, BN perlu terima hakikat ditolak rakyat
Iklan
Sharil ketika berucap pada Program Santai Pemuda UMNO Padang Serai Bersama Naib Ketua Pemuda, pada Jumaat.
KULIM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) lalu selepas hanya memenangi 30 kerusi termasuk 20 di semenanjung.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keseluruhan kepimpinan perlu memohon maaf kepada ahli dan penyokong kerana tidak mampu membendung gelombang yang berlaku sehingga menyebabkan kekalahan teruk dalam sejarah UMNO dan BN selama ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, apa yang berlaku bukan lagi tsunami politik dan parti tidak boleh menunggu sehingga terpaksa berdepan ‘asteroid’ yang mungkin akan menyebabkan parti itu akan pupus.
"Membersihkan imej parti kita bukan semata-mata dalam media sosial, kita bercakap bukan semata-mata ayat kita atau hujah kita, tetapi, siapakah perwatakan yang kita bawa dalam parti ini untuk masa depan?,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Santai Pemuda UMNO Padang Serai Bersama Naib Ketua Pemuda di sini, pada Jumaat.
Iklan
Dalam pada itu, Shahril berkata, politik khidmat sahaja tidak lagi menjaminkan kemenangan kepada calon kerana mereka turut terkesan dengan imej parti di peringkat nasional.
Jelasnya, imej parti di peringkat nasional memainkan peranan di seluruh negara dan memberi kesan dengan membawa gelombang nasional.
Iklan
"Anda bagus macam mana pun di kawasan, anda beri khidmat macam mana pun lima tahun ini, tetapi kalau imej di peringkat nasional tidak baik akan terkesan juga kepada calon-calon dan kepemimpinan di peringkat bahagian.
"Ini realiti yang kita kena cakap, kita kena ambil tanggungjawab bersama sebab itu walaupun pendirian saya sebelum ini sudah jelas selepas kita tewas, saya sendiri telah ambil tanggungjawab," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil