PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal tidak mahu terburu-buru untuk menurunkan penyerangnya, Memphis Depay dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia Qatar 2022 menentang Ecuador pada awal pagi Sabtu.
Bekas jurulatih Manchester United itu berkata, meskipun mengakui pemain itu memberi impak ketika dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Senegal pada Ahad lalu, namun beliau perlu meneliti beberapa aspek termasuklah kecergasannya memandangkan pemain itu baharu pulih daripada kecederaan hamstring.