PRU15: PN yakin tambah kerusi Parlimen Padang Serai
Iklan
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. - Foto FB PAS KEDAH
KULIM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menambah satu lagi kerusi Parlimen di Kedah menerusi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai pada 7 Disember nanti.
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keyakinan itu berdasarkan keputusan PRU15 pada 19 November lalu yang menyaksikan PN memenangi 13 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan kepada 'gelombang' sekarang ini, penolakan kepada Pakatan Harapan (PH), penolakan kepada Barisan Nasional (BN), tambahan lagi dengan peristiwa perkembangan terkini yang memberi kesedaran kepada pengundi.
Muhammad Sanusi ditemui media ketika mengiringi calon Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin (PN) ke proses penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini pada Khamis.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember depan berikutan kematian calon M Karupaiya (PKR) yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 November iaitu tiga hari sebelum PRU15.
SPR juga menetapkan proses penamaan calon Parlimen Padang Serai pada 24 November dan undian awal pada 3 Disember depan.
Iklan
Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru kekal dengan hanya calon Pakatan Harapan (PH) menyertai proses penamaan calon pada hari ini, Khamis.
PH menamakan peguam, Dr Mohamad Sofee Razak sebagai calon yang akan bertanding yang juga merupakan Setiausaha PKR Kedah dan Setiausaha PH Kedah.
Selain Azman dan Mohamad Sofee, empat lagi calon yang kekal bertanding antaranya Datuk C Sivarraajh (BN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).
End
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil