NS ulangi pendirian bubar DUN tahun depan
Iklan
Aminuddin
SEREMBAN- Negeri Sembilan sekali lagi mengulangi pendiriannya yang hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua negeri lain secara serentak di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun hadapan dijangka selepas habis penggal.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu masil kekal begitu buat masa ini.
Iklan
Iklan
"Kita buat kerja betul-betul dan insya-Allah cukup masa kita bubarlah kuasa (habis penggal) sampai Jun tahun hadapan. Kalau bubar sekarang orang akan marah saya.
"Bila (tarikh bubar DUN) tu saya tak pasti, kita akan bincang kemudian sebab saya ada Presiden dan Timbalan, memang akan buat bersama-sama (serentak)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.
Iklan
Media sebelum ini melaporkan DUN Negeri Sembilan setakat ini kekal tidak dibubarkan selepas mengambil kira keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini yang tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.
Dalam perkembagan lain, Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, PH akan melakukan ‘post mortem’ bagi mengkaji punca utama kekalahan di Parlimen Kuala Pilah dan Tampin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Iklan
"Ramai calon yang kalah dan tindakan itu perlu dilakukan segera bagi melihat kekangan yang dihadapi. Kita akan membuat ‘post-mortem’ dalam masa terdekat.
"Calon ‘heavyweigh’ pun kalah ramai kalah seperti calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, calon PH kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan calon Pejuang Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pula wang hilang pertaruhan.
"Jadi, kita tidak boleh mendabik dada dalam keadaan sekarang kerana yang berkuasa adalah rakyat,” katanya.
Pada PRU15 menyaksikan calon BN, Datuk Adnan Abu Hassan menang menewaskan empat calon lain di Parlimen Kuala Pilah manakala calon BN, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dari PH dengan majoriti 1,276 dalam PRU15.
Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, mengenai Belanjawan 2023 yang bakal bermula 25 dan 28 November hingga 1 Disember ini akan menambah inisiatif baharu bagi memastikan bajet ini benar-benar diterima oleh rakyat.
"Bajet ini tidak semestinya besar memberi faedah kepada rakyat tetapi kadang-kadang bajet yang berhemah itu lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>