Pulau Pinang terbuka runding adakan PRN serentak
Iklan
Chow Kon Yeow - Foto Bernama
GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan serentak, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan bersama.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mengikut perlembagaan, DUN Pulau Pinang akan tamat pada 2 Ogos 2023 dan PRN perlu diadakan dalam 60 hari selepas itu.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, isu ini akan diserahkan kepada majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebab ia juga melibatkan dua negeri PH yang lain iaitu Selangor dan Negeri Sembilan, manakala negeri yang di bawah Pas mungkin ada pertimbangan mereka.
"Kita terbuka untuk rundingan jika semua negeri ini setuju, maka boleh diadakan pada tarikh yang sama. Tapi terpulang kepada PH dan PN (Perikatan Nasional) untuk tentukannya,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Iklan
Tambahnya, tempoh tamat DUN Pulau Pinang mengikut perlembagaan adalah lima tahun bermula dari tarikh pertama DUN bersidang selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, maka DUN akan terbubar sendiri sebab sudah genap lima tahun.
Sebelum ini, Majlis Presiden PH mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Pas turut tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>