Beberapa orang terbunuh dalam tembakan di pasar raya AS

Iklan
Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya serta berpuluh-puluh kenderaan kecemasan juga dilihat di tempat kejadian. - Foto AP

WASHINGTON - Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat Selasa di sebuah Walmart di Chesapeake, Virginia, lapor Xinhua.

Panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 10:12 malam. (0312 GMT Rabu), menurut polis Chesapeake.

Iklan
Iklan

Jumlah kematian dan kecederaan masih belum jelas. Lelaki bersenjata itu dikatakan telah meninggal dunia.

Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya serta berpuluh-puluh kenderaan kecemasan juga dilihat di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart dan orang ramai diminta mengelak dari kawasan berkenaan. - Bernama