Cari abang untuk wali nikah
Iklan
Amalina menunjukkan gambar Ridzuan yang terputus hubungan sejak 2014.
IPOH - Seorang bakal pengantin mencari abang kandungnya yang hilang sejak lima tahun lalu bagi mewalikan pernikahannya dijadualkan selepas Aidilfitri ini.
Amalina Abdul Karim, 33, berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya, Ridzuan, 42, pada 2014 lalu di tempat kerja di Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sejak itu mereka terputus hubungan dan abangnya yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dikenali Mimie tidak pernah lagi pulang ke kampung mereka di Selabak, Teluk Intan.
"Februari lalu saya ada ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur, tetapi mereka maklumkan abang sudah lama berhenti kerja, nombor telefonnya juga sudah tidak aktif," katanya.
Iklan
Dia berkata, tarikh pernikahannya bersama pasangan sepatutnya bulan lepas, tetapi terpaksa ditunda kerana pencarian abangnya menemui jalan buntu.
"Ayah sudah lama meninggal dunia, datuk juga sudah tiada, saya berharap sangat abang boleh tampil menjadi wali pernikahan saya," katanya.
Iklan
Mereka yang mengenali abangnya boleh menghubungi Amalina di talian 011-37086492 atau kakaknya, Saida 017-2714981.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas" /><meta itemprop="description" content="Bengkel pembuatan sabun serlah kreativiti warga emas
BERITA SEMASA 1 JUN 2024
Semakin ramai warga emas menyertai kursus dan bengkel di institusi pengajian tinggi (IPT) selari dengan perkembangan sains dan teknologi, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Selain memberi nilai tambah kepada kemahiran sedia ada, ilmu diperoleh dapat mengupayakan golongan tersebut kekal produktif dan relevan dalam masyarakat.
Seperti dilakukan 10 pesara kerajaan dan swasta ini yang menyertai bengkel pembuatan sabun di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667625/edisi/perak/bengkel-pembuatan-sabun-serlah-kreativiti-warga-emas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Edisi #BuatSabun #bengkel #UTM" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-06-01T03:24:30.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WOOzO1cMfHkpMoKav/x180" /><meta itemprop="duration" content="P159S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8zg1nc" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8zg1nc"></script>