'Saya tidak jangka jadi MB'- Mohd Shukri
Iklan
Mohd Shukri menandatangani watikah pelantikan Menteri Besar Perlis pada Selasa.
ARAU - Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli mengakui tidak menjangka dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu dan menyifatkan pelantikan itu sebagai amanah daripada rakyat yang perlu dilaksana dengan sebaiknya.
Mohd Shukri, 61, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata, beliau bersama wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bekerja keras bagi memastikan manifesto PN bertemakan ‘Prihatin, Bersih, Stabil’ dapat dilaksana ke arah membentuk ‘Perlis Baharu’.
"Perubahan khususnya dari segi pembangunan ekonomi dan insan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PN sebelum ini akan ditunaikan secara berperingkat,” katanya kepada Bernama pada Selasa.
Terdahulu, Mohd Shukri mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, di sini.
Mohd Shukri yang mesra dipanggil ‘Cikgu Shukri’ mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perlis atas kepercayaan kepada kerajaan PN untuk mentadbir negeri itu.
Menurut Mohd Shukri, langkah pertama akan dilakukannya ialah bertemu pegawai kanan kerajaan negeri bagi membincangkan perkara yang perlu diteruskan bagi menjaga kebajikan rakyat.
Mengenai pelantikan Exco kerajaan negeri, Mohd Shukri berkata, beliau telah mengenal pasti enam Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS dan tiga lagi daripada Bersatu untuk dikemukakan pada mesyuarat PN Perlis dalam masa terdekat.
PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri selain menyapu bersih tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar pada PRU15. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>