Ahli Parlimen BN main peranan semak dan imbang

Iklan
Jalaluddin

SEREMBAN - Ahli Parlimen BN akan menjadi semak dan imbang kepada semua dasar dan keputusan yang bakal dibuat oleh pihak kerajaan kelak.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini kerana BN telah memilih untuk terus kekal sebagai blok pembangkang tanpa menyebelahi Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Dewan tertinggi BN telah bermesyuarat pada pagi tadi (Selasa) disusuli dengan perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN.

Beliau berharap dengan kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong, satu kerajaan stabil dapat dibentuk dan dapat mengendurkan ketidakstabilan politik yang timbul ketika ini.

Iklan

Jelasnya, sebagai ahli parti, beliau sentiasa meletakkan agenda parti sebagai pegangan, tetapi rakyat tetap menjadi keutamaannya.

"Fokus kami ketika ini adalah untuk memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada BN di 30 kawasan dimenangi.

Iklan

"Rakyat telah melakukan tugas untuk memilih pemimpin mereka, dan sekarang adalah masa kepada kami yang dipilih ini untuk menjalankan tanggungjawab kami pula," katanya.