GPS tiada niat tidak menghormati Ahmad Zahid
Iklan
Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) melihat kepraktisan membentuk kerajaan Persekutuan dan bukan berniat untuk tidak menghormati Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, gabungan parti BN hanya mempunyai 30 kerusi dan jumlah tersebut sudah pasti tidak dapat membentuk kerajaan.
"Ahmad Zahid adalah ketua BN dan gabungan itu hanya mempunyai 30 kerusi. Mereka tidak boleh membentuk kerajaan dengan hanya 30 kerusi.
Iklan
Iklan
"Jadi macam mana mereka hendak menubuhkan kerajaan dengan 30 kerusi? Melihat dari segi praktikal, parti yang kita percaya boleh menerajui kerajaan ialah parti yang mempunyai bilangan ahli Parlimen yang ramai.
"Tidak ada niat untuk tidak menghormati Datuk Seri Zahid," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, pada Isnin.
Iklan
Beliau menjawab kenyataan Ahmad Zahid baru-baru ini yang menyangkal kenyataan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa GPS akan membentuk kerajaan Persekutuan dengan Perikatan Nasional (PN) bersama BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sementara itu, Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak turut mencadangkan agar pemilihan Perdana Menteri lebih baik dilaksanakan mengikut suara majoriti ahli Parlimen.
Iklan
Katanya, pertemuan kesemua ahli Parlimen untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah sesuai bagi mengetahui siapa yang mendapat kepercayaan majoriti untuk memimpin kerajaan baharu.
"Ini seperti cara YDPA menentukan Perdana Menteri yang lalu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila baginda telah memanggil seorang-seorang ahli Parlimen.
"Dari situ kita akan dapat tahu siapa yang mendapat lebih kepercayaan dengan cara tertutup.
"Mungkin cara itu akan memakan sedikit masa tapi pada penghujungnya kita akan tahu siapa yang akan diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Parlimen," katanya.
Pada Ahad, Ahmad Zahid menafikan BN ada berbincang dengan GPS bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama PN.
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, tiada apa-apa rundingan yang dibuat antara gabungan itu dengan PN buat masa ini.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil