Anwar sahkan calon Perdana Menteri

Iklan
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri membabitkan rundingan bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangannya bersama gabungan itu.

Iklan
Iklan

Anwar berkata demikian ketika ditanya adakah beliau merupakan calon Perdana Menteri dan siapakah calon Timbalan Perdana Menteri dalam rundingan antara PH dan BN.

Dalam pada itu, Anwar menambah, pihaknya tidak tergesa-gesa memberikan akuan bersumpah (SD) selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik.

Iklan

"Yang di-Pertuan Agong telah memberikan penangguhan sehingga jam 2 petang esok, jadi kita tak tergesa-gesa,” katanya.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini dilapor berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2 petang esok.

Iklan

Selaras lanjutan itu, parti politik kini memiliki tambahan sekurang-kurangnya 24 jam lagi untuk merundingi pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.