Ahmad Zahid nafi bincang tubuh kerajaan campuran dengan PN
Iklan
Tangkap layar kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad.
SHAH ALAM - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan gabungan itu ada berbincang dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN).
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, tiada apa-apa rundingan yang dibuat antara gabungan itu dengan PN buat masa ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, segala keputusan berkaitan dengan perkara demikian hanya akan diputuskan olehnya yang merupakan pengerusi gabungan berkenaan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang bersetuju untuk mengadakan kerajaan campuran bersama BN dan PN.
Iklan
Berdasarkan keputusan PRU15, GPS memenangi 22 kerusi Parlimen sementara BN sebanyak 30 manakala PN pula berjumlah 73.
Pada masa yang sama, Ahmad Zahid mengingatkan kepada seluruh ahli Parlimen BN untuk tidak sewenang-wenangnya berbuat keputusan melangkauinya.
Iklan
Jelas beliau, mereka hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan gabungan tersebut.
"Mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan ahli parti termasuk kerusi Parlimen,"tegasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>