KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu membuka tujuh kertas siasatan susulan laporan yang diterima pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung di negeri ini pada Sabtu.
Ketua Urusetia PRU15 Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata, daripada jumlah itu tiga kes melibatkan Kuala Terengganu, manakala masing-masing satu di Besut, Kemaman, Dungun dan Marang.