PRU15: Chun Kuang mahu beri khidmat terbaik

Iklan
Chun Kuang menang dengan majoriti 1,804 undi pada PRU15.

KUANTAN - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Chan Chun Kuang mahu memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara yang akan dilakukan selepas dipilih menjadi wakil rakyat ialah memastikan kemudahan di DUN Semambu ke arah lebih lebih baik, merancakkan sektor pelancongan di kawasan tersebut dan memperjuangkan isu cukai tanah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu diberikan perhatian kerana itu antara aduan dan rungutan yang diterima sepanjang menjadi pegawai Khas kepada bekas DUN Semambu, Lee Chean Chung sebelum ini.

"Jadi, kini saya akan memberikan fokus dalam berkhidmat dan memikul amanah ini sebaiknya. Malah saya akan menjadikan Chean Chung sebagai contoh teladan kepada saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada pagi Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, beliau mengakui masih terkejut dan tidak menyangka dipilih untuk menjadikan wakil rakyat sekali gus mengekalkan kerusi yang pernah dimenangi PH pada pilihan raya yang lalu.

Jelasnya, semua calon yang bertanding mempunyai pengalaman luas dan pengaruhnya tersendiri.

Iklan

"Semua ada kekuatan sendiri, tetapi rezeki menyebelahi saya dan saya sudah bersiap sedia hadapi cabaran dan dugaan pada masa akan datang," katanya.

Chun Kuang menang dengan majoriti 1,804 undi apabila berjaya meriah 18,902 undi menyalahkan Zulfadhli Zakariah daripada Perikatan Nasional (PN) yang meraih 17,098 undi, Khairul Hisham Omar (BN) 10,422 undi dan Dr Rashidah Abdul Rahman (Parti Pejuang Tanah Air) 820undi.