Anwar dakwa PH peroleh majoriti bentuk kerajaan
Iklan
Anwar (tengah) bersama Mohamad Sabu; Anthony Loke dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai persefahaman dan persetujuan dengan rakan gabungan untuk membentuk kerajaan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tanpa menamakan gabungan mana yang akan menyertai kerajaan baharu itu, Anwar sebaliknya menegaskan mereka telah memperoleh majoriti melebih 111 kerusi Parlimen.
Iklan
Iklan
"Kita terima keputusan dan hormati pilihan rakyat. Kita (PH) adalah blok terbesar (tetapi) kita faham tiada parti peroleh majoriti dalam Parlimen dan memerlukan beberapa proses perbincangan.
"Kita ingin maklumkan bahawa kita telah capai persefahaman untuk membentuk kerajaan (dan ia akan terlaksana) selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diputuskan," katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media PH di salah sebuah hotel di sini pada awal pagi Ahad.
Iklan
Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sementara itu, ditanya sebab keputusan PH tidak menamakan gabungan yang bakal menyertai kerajaan baharu bakal dibentuk nanti, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan masanya belum tiba untuk berbuat demikian.
Iklan
"Kita berasakan tidak sesuai untkk diumumkan sekarang (kerana) kita akan hantar dokumen (kepada Yang di-Pertuan Agong dahulu)," katanya.
Ditanya bila gabungan itu akan menyerahkan dokumen kepada Istana Negara, beliau berkata perkara itu akan dibuat secepat mungkin.
"(Kalau boleh) kami bercadang menghantarnya sekarang," selorohnya.
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com