Mumtaz sedia ubah Tumpat
Iklan
Mumtaz (tengah) selepas pengumuman PRU15 di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa di sini pada Sabtu.
TUMPAT - Ahli Parlimen Tumpat yang baharu, Datuk Mumtaz Md Nawi berhasrat mengubah Parlimen itu sebagai sebuah bandar pelancongan Islam, mesra ibadah dan lestari.
Menurutnya, bandar mesra ibadah menjadi perkara utama dalam agenda pembangunan Tumpat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengumuman PRU15 di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa di sini pada Sabtu.
Mumtaz memberitahu, antara perubahan lain yang akan diusahakan ialah menaik taraf sistem telekomunikasi dan meneliti masalah banjir.
Iklan
Beliau turut mengakui tidak menjangkakan beroleh kemenangan besar kerana hanya mengambil masa dua minggu untuk bertemu dan mengenali penduduk.
"Bagaimanapun, respons penduduk ketika bertemu dan melalui semua saluran media sosial sangat baik dan mengikuti perkembangan.
Iklan
"Penerimaan saya daripada pelbagai golongan menunjukkan satu signal bahawa mereka mahu kesepakatan dan pembaharuan," katanya.
Pada masa sama, beliau turut memberi penghargaan kepada semua pihak dan jentera yang banyak membantu sepanjang berkempen.
Tambah Mumtaz, tugasan pertama beliau sebagai Ahli Parlimen ialah membuat persediaan terhadap Monsun Timur Laut dengan menyediakan peruntukan serta kemudahan tertentu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>