PRU15: Idris selesa mendahului di Bagan Serai

Iklan
Idris

IPOH - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mendahului dengan majoriti selesa di Parlimen Bagan Serai setakat jam 10.20 malam.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu memperolehi 11,960 undi dengan majoriti 6,004 undi.

Iklan
Iklan

Kiraan undian tidak rasmi itu turut menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Siti Aishah Shaik Ismail mendapat 6,101 undi.

Dua lagi calon, Zul Helmi Ghazali daripada BN memperolehi 5,957 undi dan calon Pejuang, Ahmad Luqman Ahmad Yahaya dengan 164 undi.

Iklan

Idris selaku calon baharu di kerusi berkenaan dinamakan bagi menggantikan penyandang, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang menang dengan majoriti 172 undi pada PRU14 lepas.

Iklan