PRU15: Ahmad Maslan menang di Parlimen Pontian

Iklan
Ahmad Maslan

PONTIAN - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memenangi kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 5,758 undi, pada malam Sabtu.

Ahmad yang juga penyandang kerusi itu sejak tiga penggal lalu meraih 23,201 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Isa Ab Hamid yang meraih 17,443.

Iklan
Iklan

Calon Pakatan Harapan (PH), Shazwan Zdainal pula meraih 15,901 undi manakala calon Pejuang, Jamaludin Mohamad pula meraih hanya 306 undi.