PRU15: KPN nafi hubungi Anwar Ibrahim

Iklan
Acryl Sani

GOMBAK - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, menafikan dakwaan beliau menghubungi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

Ia susulan dakwaan Anwar menyatakan Pakatan Harapan (PH) dirasakan mampu memenangi 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Ketua Polis Negara sudah menghubungi dan memintanya untuk bersedia.

Iklan
Iklan

Acryl Sani berkata, dakwaan berkenaan tidak benar.

"Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, tular satu video ucapan Anwar, ketika berkempen menyatakan Ketua Polis Negara memintanya bersedia yang berkemungkinan bakal membentuk kerajaan selepas PH dijangka memperoleh 112 kerusi Parlimen dalam PRU15.