Misi Perancis tebus kekecewaan Euro 2021
Iklan
Rabiot - Foto AFP
PEMAIN tengah Perancis, Adrien Rabiot memuji persiapan juara dunia bertahan itu untuk Piala Dunia Qatar ketika pasukan berusaha menebus penyingkiran awal pada Kejuaraan Euro tahun lalu.
Membuat penampilan pertama Piala Dunia selepas gagal tersenarai dalam skuad yang memenangi kejuaraan empat tahun lalu, Rabiot berkata, pasukan itu melakukan persiapan tanpa gangguan di Doha, Qatar, tidak seperti tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Yang paling penting kami perlu kekal bersatu. Jadi kami tidak melihat di luar kumpulan yang boleh menjejaskan moral kami. Kami berpotensi melakukan lebih baik daripada di Euro.
"Kami banyak masa kali ini. Ketika Euro wabak Covid-19 masih menular dan kekangan serta peraturan masih berkuat kuasa menjadikan kehidupan kami sukar," kata Rabiot menjelang aksi pembukaan Piala Dunia menentang Australia pada 22 November.
Iklan
"Di sini kami menikmati keselesaan dan boleh bersama-sama serta mengabaikan segala-galanya yang di luaran," katanya.
Perancis kehilangan beberapa tonggak termasuk Presnel Kimpembe, Paul Pogba dan Ngolo Kante manakala penyerang Karim Benzema dan Raphael Varane masih dibelenggu kecederaan.
Iklan
"Mereka sedang mengusahakannya dan saya percaya mereka akan bersama menyertai pasukan tidak lama lagi.
"Mereka adalah pemain penting tetapi malangnya mereka tiada di sini hari ini jadi kami perlu melakukannya tanpa mereka," kata Rabiot.
KUMPULAN D
22 November
Denmark lwn Tunisia, 9 malam
23 November
Perancis lwn Australia, 3 pagi
26 November
Tunisia lwn Australia, 11 malam
27 November
Perancis lwn Denmark, 12 tengah malam
30 November
Tunisia lwn Perancis, 11 malam
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>