Dividen Bank Rakyat 13 peratus, dibayar 15 April
Iklan
CYBERJAYA - Dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 adalah sebanyak 13 peratus dan akan dibayar pada 15 April ini (Isnin), umum Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof hari ini.
Beliau berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM379 juta kepada anggota.
"Pembayaran dividen masih tinggi meskipun trend pembayaran yang rendah dalam industri keseluruhannya," katanya selepas melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial di sini, hari ini.