PRU15: Simpang Renggam istimewa di hati Hasni
Iklan
Hasni ( dua dari kanan) tidak kekok turun padang menyantuni pengundi di Parlimen Simpang Renggam.
KLUANG - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pengundi yang mesra dan positif sepanjang kempen berlangsung, membuatkan hatinya cukup tersentuh.
Pengerusi UMNO dan BN Johor itu, ternyata gembira dengan sambutan masyarakat Simpang Renggam yang mahukan perubahan menerusi BN dalam tempoh lima tahun akan datang.
Hasni
Iklan
Iklan
"Menerusi perjumpaan sepanjang kempen berlangsung di Parlimen Simpang Renggam ini, saya telah menekankan beberapa tawaran yang dikemukakan BN kepada pengundi iaitu akses pendidikan, perniagaan, peluang pekerjaan, perumahan dan infrastruktur.
"Tawaran yang dikemukakan itu akan menjadi fokus dalam membawa perubahan di Parlimen Simpang Renggam, sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15)," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Bekas Menteri Besar itu berkata keperluan golongan muda terutama dari segi perumahan perlu diberi tumpuan dalam menyediakan rumah transit dan rumah mampu milik.
"Orang muda di Parlimen Simpang Renggam ini, memberi gambaran tentang keperluan perumahan yang perlu diberikan perhatian. Maka pada saya, program rumah transit dan rumah mampu milik di bawah RM 150,000 dan RM200,000 perlu diperbanyakkan.
Iklan
"Saya yakin Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap yang terletak di dalam Parlimen Simpang Renggam juga mendengar rintihan belia, maka saya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak terlibat untuk bangunkan projek perumahan di sini," katanya.
Sementara dalam aspek pendidikan pula, ia melibatkan penambahbaikan kepada peluang- peluang pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada penduduk dan pengundi di Parlimen Simpang Renggam.
"Manakala bagi ibu bapa yang mempunyai dua atau tiga orang anak yang bersekolah mungkin sedikit sebanyak akan merasa sukar sewaktu awal musim persekolahan.
Hasni beramah mesra dengan penduduk di Parlimen Simpang Renggam.
"Oleh itu, saya kira wajar bagi wakil rakyat yang mewakili BN menyantuni keluarga yang mempunyai anak ramai ketika awal musim persekolahan," katanya.
Tambahnya lagi, Parlimen Simpang Renggam cukup menyerlah dalam perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (IKS).
" Pengusaha IKS ini wajar mendapat peluang bantuan dan pinjaman. Maka pejabat wakil rakyat wajar menjadi pemudah cara dan penghubung agar dapat memberi khidmat nasihat kepada pengusaha-pengusaha ini.
" Selain dapat menambah pendapatan, mereka juga dapat meningkatkan pengeluaran produk dan seterusnya ekonomi masyarakat Simpang Renggam," katanya.
Hasni membawa suara anak muda yang mahu lebih banyak pembaharuan di Parlimen Simpang Renggam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>