PRU15: Ketua Menteri nafi kerajaan Sabah pinggir kaum Cina
Iklan
SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan dakwaan Parti Warisan (Warisan) kononnya kerajaan Sabah meminggirkan kaum Cina terutamanya dalam pentadbiran negeri itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN sememangnya mahu melantik individu daripada kaum itu sebagai menteri dalam kabinet negeri, namun tiada calon kaum itu daripada parti kerajaan yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 2020.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri telah melantik dua bekas Ketua Menteri dalam kalangan kaum Cina memegang jawatan penting iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik dan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai penasihat Ketua Menteri dalam sektor pelancongan.
"Tetapi apabila tiba PRN (Sabah) akan datang, bagilah sokongan kepada pemimpin Cina yang akan jadi calon GRS, kita akan bagi jawatan menteri dan pembantu menteri,” katanya pada Ceramah Perdana Sandakan Ketua Menteri Bersama Rakyat di Dewan Hakka Sandakan di sini malam tadi.
Iklan
Hajiji berkata perkara yang seharusnya diutamakan ketika ini adalah usaha untuk memulihkan ekonomi dan memajukan Sabah untuk manfaat serta kebaikan rakyat secara keseluruhannya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>