'Pas patut lebih dominan dalam PN, ada pandangan sendiri'
Iklan
Ismail Sabri berucap ketika hadir pada Tinjauan Mesra Parlimen Titiwangsa di Padang Permainan, Perumahan Awam Seri Perlis 2 pada Selasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas sebagai parti besar dan sudah lama ditubuhkan sepatutnya menjadi parti dominan dalam Perikatan Nasional (PN).
Justeru, katanya Pas patut mempunyai pandangan sendiri dan ada hak bersuara dalam gabungannya, termasuk menentukan kerjasama parti itu dengan parti atau gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU15.
"Pas ini parti besar dan lebih awal daripada Bersatu, sepatutnya dominan dan ada 'say' dalam PN," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Keramat di sini malam Selasa
Iklan
Turut hadir calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ismail Sabri berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin yang menyatakan Pas bersedia untuk bergabung dengan BN sekiranya tidak mendapat majoriti mudah pada PRU15.
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN kemudian dilaporkan berkata PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.
Iklan
Sementara itu Ismail Sabri berkata, tindakan pimpinan Bersatu yang sering mengkritik pandangan Pas tidak sepatutnya berlaku.
"Jika begitu, Pas perlu memikirkan untuk bergabung dengan parti politik yang lain," katanya sambil menyatakan bahawa kenyataan Setiausaha Agung Pas itu akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO sekiranya BN gagal membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti.
Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa telah ada perbincangan antara pemimpin UMNO dengan PN untuk bekerjasama, Ismail Sabri berkata:"Setahu saya tiada, ia tidak pernah dibincangkan." - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta" /><meta itemprop="description" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663294/berita/politik/sock-tao-nafi-kempen-ph-langgar-akta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>